Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI China - ASEAN Dirasmikan

Foto: CMG
19/09/2025 06:40 PM

NANNING, 19 Sept (Bernama-CMG) -- Pusat Kerjasama Pengaplikasian Kecerdasan Buatan (AI) dirasmikan sempena Mesyuarat Meja Bulat Menteri China-ASEAN Dalam Kecerdasan Buatan 2025 di sini, pada Khamis.

Pusat yang terletak di wilayah Guangxi ini akan mempromosikan kerjasama AI antara China dengan negara ASEAN, supaya membolehkan pelbagai negara menikmati manfaat pembangunan teknologi AI, sekali gus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI adalah hasil penting kerjasama China dan ASEAN dalam sektor AI.

Beliau berkata, China dan ASEAN akan mempergiat penyelasaran pembekalan dan permintaan dalam AI, berkongsian sumber dan meningkatkan pembangunan kemampuan, selain mempromosikan projek kerjasama berkenaan dilaksanakan secara berkesan.

–BERNAMA-CMG