Prep-SEOM Menilai Isu Utama Ekonomi Menjelang AEM

MITI's Deputy Secretary-General (Trade) Mastura Ahmad Mustafa
22/09/2025 02:26 PM

Oleh Ahmad Erwan Othman

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Keberhasilan Utama Ekonomi di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia dan strategi berpandangan jauh untuk mendepani perubahan dalam persekitaran geopolitik dan perdagangan global, antara isu yang dibincangkan oleh pegawai-pegawai kanan ekonomi hari ini.

Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan Ekonomi (Prep-SEOM) yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Mastura Ahmad Mustafa, akan turut menilai pencapaian langkah-langkah ASEAN di bawah Tonggak Ekonomi bagi 2025.

“Hari ini, Prep-SEOM menggalas tugas penting untuk mempertimbangkan agenda bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57, yang akan menjadi kemuncak usaha kolektif kita di bawah Tonggak Ekonomi bagi 2025.

“Oleh itu, saya berharap dapat memudah cara perbincangan dengan rakan-rakan SEOM dalam menyelaraskan pembentangan dan pertukaran pandangan antara menteri-menteri kita dalam memastikan mesyuarat esok dapat selesai tepat pada masanya,” katanya dalam ucaptama di sini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) Satvinder Singh dan wakil Timor-Leste ke ASEAN Augusto Jr Trindade.

Mastura berkata AEM ke-57, yang akan bersidang esok, akan menyaksikan menteri-menteri ekonomi membincangkan agenda AEM dalam sesi selama tiga jam.

Katanya berdasarkan menteri-menteri itu juga akan menghadiri mesyuarat Majlis Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Majlis Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) dan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), penting untuk perbincangan AEM kekal fokus dan ringkas.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di luar mesyuarat AEM ke-57 dan mesyuarat berkaitan, yang diadakan mulai hari ini (22 Sept) hingga Jumaat (26 Sept).

ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota, iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

-- BERNAMA