PM China Seru Usaha Bersama Untuk Capai Kejayaan Baharu Asia Timur
Perdana Menteri China Li Qiang
27/10/2025 06:58 PM
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri China Li Qiang pada Isnin menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan dengan semua pihak dan berpegang kepada prinsip keterbukaan dan kerjasama serta mengambil tindakan yang lebih praktikal bagi bersama-sama mencapai kejayaan baharu dalam pembangunan Asia Timur.
Li menyatakan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) ke-28 yang diadakan di Malaysia, lapor Xinhua.
--BERNAMA-XINHUA
