China Secara Proaktif Dorong Rundingan Damai Kemboja, Thailand
BEIJING, 16 Dis (Bernama-CMG) -- China menyokong Kemboja dan Thailand mengadakan dialog langsung, menyokong usaha pengantaraan yang dilakukan ASEAN khususnya Malaysia, serta menyokong pencarian penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak di bawah rangka ASEAN.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun ketika mengulas mengenai konflik kekerasan yang berlaku di sempadan Kemboja-Thailand, dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.
Guo menekankan bahawa keutamaan pada masa ini adalah menghentikan kekerasan dan melindungi orang awam.
"Kemboja dan Thailand diharap bersabar dan mengambil segala tindakan yang kondusif untuk mewujudkan gencatan senjata demi meredakan ketegangan," kata beliau.
-- BERNAMA-CMG
