Misi UAE Ke ASEAN Sertai Mesyuarat Ketiga GCC-ASEAN

18/08/2026 08:05 PM

JAKARTA, 18 Ogos (Bernama-WAM) -- Misi Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) menyertai mesyuarat ketiga antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Mesyuarat itu menghimpunkan wakil negara anggota GCC dan ASEAN bagi menilai kemajuan yang dicapai di bawah Rangka Kerja Kerjasama GCC-ASEAN (2024-2028) serta bertukar pandangan mengenai perkembangan dan keutamaan semasa.

Dalam mesyuarat itu, peserta membincangkan kaedah untuk melaksanakan Rangka Kerja Kerjasama berkenaan serta menekankan kepentingan memperkukuh penyelarasan dan memajukan kerjasama praktikal.

Mesyuarat itu turut memberi peluang kepada wakil GCC dan ASEAN untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini, termasuk trend serantau dan global yang sedang muncul, selain meneroka bidang berpotensi untuk meningkatkan kerjasama yang dapat menyumbang kepada kemakmuran bersama, kestabilan dan pembangunan mampan.

Misi UAE ke ASEAN menegaskan semula komitmen negara itu untuk menyokong perkongsian GCC-ASEAN dan memajukan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang berkepentingan bersama.

UAE turut menekankan kepentingan menterjemahkan Rangka Kerja Kerjasama itu kepada inisiatif konkrit yang menangani keutamaan yang sentiasa berubah.

-- BERNAMA-WAM