Trump Akan Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Di Filipina November Ini
14/10/2026 06:01 PM
MOSCOW, 14 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Jurucakap Presiden Filipina Claire Castro pada Rabu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila pada November, menurut akhbar Inquirer, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Ia telah disahkan,” kata Castro pada taklimat media, menurut akhbar berkenaan.
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Mesyuarat Berkaitan akan berlangsung di Manila, ibu negara Filipina, dari 16 hingga 18 Nov.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
