Turkiye Sambut Ulang Tahun Ke-59 ASEAN
08/08/2026 08:26 PM
ISTANBUL, 8 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Turkiye pada Sabtu menyambut ulang tahun ke-59 penubuhan ASEAN sambil menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dengan blok serantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Sebagai Rakan Dialog terbaharu ASEAN, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini," menurut Kementerian Luar Turkiye menerusi hantaran di platform media sosial Turki, NSosyal.
Turkiye diterima sebagai Rakan Dialog ASEAN pada Julai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-59 di Manila, ibu negara Filipina.
-- BERNAMA-ANADOLU
