PM Thailand Bakal Bertemu Rakan Sejawat Dari Kemboja Di Sidang Kemuncak ASEAN
BANGKOK, 7 Mei (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul memaklumkan pada Khamis, beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung di Filipina, lapor Xinhua.
"Pertemuan itu pastinya akan diadakan, namun ia mungkin bukan dalam format dua hala," kata Anutin ketika ditemu bual pemberita sebelum berlepas ke Filipina bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48.
Anutin menegaskan bahawa usaha mempertahankan kedaulatan Thailand serta kepentingan rakyatnya akan sentiasa menjadi keutamaan dalam mengendalikan isu berkaitan hubungan Thailand-Kemboja.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dijadualkan berlangsung di Cebu, Filipina, dengan tema "Mengemudi Masa Depan Kita, Bersama".
--BERNAMA-XINHUA
