Presiden Indonesia, PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, tiba di Malaysia malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
25/10/2025 11:21 PM

SUBANG, 25 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, yang bermula esok hingga Selasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pesawat khas yang membawa Anutin dan delegasinya mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.24 malam dan disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan melibatkan dua pegawai dan 24 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapt Mohd Masrur Hidayat Masri.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, tiba di Malaysia malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Terdahulu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di pangkalan udara yang sama pada 9 malam dan turut disambut oleh Mohamed Khaled.

Prabowo turut memeriksa kawalan kehormatan membabitkan pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Anutin dijadual menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Kemboja di luar sidang kemuncak esok.

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, dan isteri, Loo Tze, tiba di Malaysia malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLIA.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka menyaksikan majlis pemeteraian itu. Trump telah membantu dalam menamatkan konflik sempadan lima hari antara Thailand dan Kemboja pada Julai.

Anutin dijangka pulang ke Bangkok sejurus selepas majlis tersebut susulan kemangkatan Bonda Ratu Thailand Ratu Sirikit Kitiyakara, 93, pada petang Jumaat.

Kepengerusian ASEAN Malaysia di bawah tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ mencerminkan komitmen untuk memupuk Komuniti ASEAN yang bersatu, berdaya tahan dan berpandangan ke hadapan.

Ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sejak blok itu ditubuhkan pada 1967, selepas 2015, 2005, 1997 dan 1977.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan menghimpunkan pemimpin kesemua 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan Afrika Selatan.

-- BERNAMA